Monday, June 9, 2008

Menghasilkan Laman Web

Pada masa kini kita dapat lihat perkembangan laman2 web yang semakin pesat dan pantas membuatkan setiap orang ingin memilikinya. Tak kira sama ada untuk kegunaan peribadi ataupun kegunaan perniagaan, perkembangan alam maya yang pantas memerlukan setiap orang yang ingin meningkatkan kebolehan dan memajukan perniagaan mereka dengan menghasilkan sebuah website yang menarik.
Antara langkah pertama yang anda boleh lakukan untuk menyertai alam cyber ini adalah dengan memiliki sebuah tapak (site) untuk anda menyimpan segala data2 berkenaan dengan laman web yang anda ingin atau telah bangunkan di komputer anda. Data yang disimpan di komputer anda tidak akan dapat dilihat oleh masyarakat dunia, tapi jika anda memiliki sebuah tapak di alam cyber anda boleh menyampaikan maklumat perniagaan anda kepada sesiapa sahaja tak kira dimana mereka berada.

Apakah yang anda perlu lakukan?

Pertamanya anda perlu membeli webhosting (ruangan untuk website anda) dan juga membeli domain name (papan iklan tapak anda) kedua2 benda ini adalah perlu untuk anda mempamerkan laman web anda. Domain name dan webhosting kini anda boleh dapatkan dengan harga yang amat berpatutan serendah rm68 setahun. Webhosting datang dengan pelbagai pakej mengikut syarikat yang anda pilih, pakej2 yang ditawarkan adalah amat menarik dan berpatutan. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian laman web yang anda ingin bangunkan.

Disini cadangan saya kepada anda adalah syarikat webhosting mercumaya, syarikat ini memberikan anda pakej yang menarik untuk anda dan perkhidmatan pelangganya yang cemerlang mampu memudahkan kerja anda.

Jika anda ingin ke laman web syarikat mercumaya, anda hanya perlu menekan gambar yang tertera dibawah ini. Jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan membangunkan laman web anda sendiri anda boleh mengemailkan kepada saya di info@xeemx.com saya sudi membantu anda pada bila2 masa. Sekian...










Sunday, June 8, 2008

Berhati2 dengan penipuan Telefon Bimbit

jika anda ingin membeli telefon bimbit pastikan anda periksa dahulu keadaan telefon tersebut semasa anda berada di kedai yang anda ingin beli. Jika membeli daripada orang perseorangan pastikan anda cuba dahulu kesemua fungsi2 HP tersebut dan pastikan HP tersebut adalah berkeadaan baik. Pelbagai teknik penipuan sering dijalankan di pasaran telefon bimbit, jika anda tidak berpengalaman anda mungkin akan menjadi salah seorang mangsa penipuan tersebut.

Jika dilihat sekilas pandang telefon bimbit tiruan ini amat sukar untuk dikenal pasti keaslianya, ini adalah kerana cover luar telefon bimbit ini mudah untuk didapati di pasaran. Yang dibimbangi adalah keadaan dalam telefon tersebut. Anda semestinya tidak tahu jika komponen2 telefon bimbit didalam berkeadaan baik atau pun sebaliknya jika anda tidak mencuba untuk membuka HP tersebut. Disebelah kiri ini adalah contoh2 gambar telefon bimbit yang palsu, jika dilihat dari muka luar ianya adalah sama seperti yang asli namun jika dilihat didalam nyata ianya adalah kosong.

- Pastikan anda tidak tertipu -